n18h06i93 :)

nikmat yang ada tak kan terasa selagi ianya tak hilang dari depan mata

Sunday 5 August 2012

Allah sayang Saya :)

Assalamualaikum
sudah lama rasanya tidak menghapdet blog yek..
ahaks!

btw, rasanya masih tak terlambat untuk saya ucap
RAMADHAN KAREEM~~



oyyyeahh~ oyyyeaaahhhh~




IT'S RAMADHAN BEBEH!!
wee~~


hari ni dah masuk 16 Ramadhan, INSYALLAH..
dan ALHAMDULILLAH, Allah masih bagi sayo peluang untuk sambut Ramadhan tahun ni
kan3??
ahaks!

dan sungguh, ALHAMDULILLAH,
Ramadhan ni, sayo dapat pencerahan yang maha agung..
sungguhlah, banyak nikmat yang Allah dah bagi kat hamba yang lemah lagi hina nihh..

ditakdirkan Allah, 2 hari lepas sayo selsema++headache dan dengan penambah rasa, demam..
rasanya?
macam tomyam seafood yang ada ketam, sotong, udang, fishball, lala, kepah dan lain-lain..
sangat enak dan sedapp ye..
buatnya malam tuhh ada drama air mata yang langsung tak sedih, tapi lawak..
kenapa??
sebab ibu sayo di uia nih ( lets call her "mama uia" ), beliau mengfire sayo kerna tidak mengikut arahan beliau..
oh tidak!
itu adalah fitnah ke atas mama uia sayo!

dek kerana kepala yang berat bak ditimpa kren, jentolak, keto ssodok ( adik sayo panggil "keh" ) dan kapal selam,
bilamana time sujud dan rukuk,
airmata otomatik terkeluar dengan sendirinya..
bhai!!

bila timbul kes demam++sakit nak bermanja dengan orang nihh lah, baru nak sedar langit tuhh tinggi ke rendahh..
time sehat bukan main heh hola-hola tak hengat dunia..
bila dah macam nihh, terpaksa lahh tilam hempuk dan bantal busuk jadi peneman setia..

yang nak diHIGHLITE disini ( maaf, spelling sengaja disalahkan ),
sayo sedar ( dah lama sebenornye sedar ) yang mama uia sayo tuhh sangat lahhh caring orangnya..

- - - - -

 ( ok, sila muntah darah )

malam tuhh, lepas solat isyak pada pukul **.** malam, sayo ketiduran bak seorang baby yang baru lepas minum susu ( sedikit hiperbola disini ),
dan bermimpi main monopoli,
tiba2 muka n kepala nihh rasa basahh..
macam ada oghang jirus air derr!
dan bila dibuka-celikkan mata,
mama uia dah setia terbeliak mata kat tepi..
ditonyoh-tonyoh nya kain basah kat muka nihh..
memang masa tuhh suhu sedikit tinggi bak padang pasir yang berangin lagi gersang tak berpokok..
dan tindakan beliau itu amatlah tepat lagi sesuai dengan keadaan semasa..
dan, shesshhh!!
adalah sejujurnya diri ini terasa terharu..


INSYALLAH, mama uia sayo tuh adalah sohabat sayo dunia akhirat :)

lepas mama uia buat macam tuh, terus sayo tersegar tak tertido..
so, digagahkanlah diri nih untuk bangun bersahur..
sambil makang roti sambil call puan umi tersayang..


yamm yamm~~ sedap~~


dan sah-sah lah puan umi tersayang masih beradu kerna masa tuhh baru jek pukul 4 pagi lebihh..
usai bagi salam, terus nangiss tak sempat nk royak gape-gape ( ok, sedikit memalukan disini )..
terus suara puan umi jadi segau bugau dek keterkejutan mendengar suara anak perempuan BONGSUnya yang serak-serak lagi hensem..

ok, moh lah kita sama-sama menghentikan cerita bersama-sama puan umi tersayang setakat itu sahaja..
dikhuatiri akan membebankan kepala dan hotak anda yang kiut-kiut itu..
ahaks!

yang pasti, ALHAMDULILLAH, kerana
1) Allah bagi nikmat KELUARGA dan RAKAN yang memang undeniable tetap setia kat sisi walau diri ini mengada-ngada sama ada sedikit mahupun banyak kengadaannya..jangan pelik jika dikatakan disini bahwasanya ada teman sayo yang tak pernah mahupun jarang sekali mengalami pengalaman sayo nih bilamasa mereka dalam situasi sebegini..
2) ALLAH MASIH PEDULI AKAN SAYO..pernah seorang teman bercerita, masa dia terlantar takleh bergerak dengan peha patah kena operate masuk besi akibat eksiden dilanggar van, seorang guru pondok beliau datang melawat dan menasihat beliau yang berbunyi lebih kurang macam ni : "..sohabat Rasulullah S.A.W dulu, ada yang menceraikan isterinya kerna isterinya itu tak pernah diberi ujian sakit ( even demam o selsema ) oleh Allah.. dan sohabat itu beranggapan bahawa allah tak ambik peduli tentang isterinya dan isterinya bukanlah seorang hamba-Nya yang baik..lantas, kerna itu beliau menceraikan isteri beliau.."..YA! ini tandanya Allah masih peduli kat sayo..

dan banyak lagi nikmatnya yang tak sempat otak ni nak interprete untuk ditulis kat sini..
sungguh, kalau tak sebab ada situation yang sebegini, contohnya, kita takkan nyer ada masa nak menyibukkan otak nak memikir apa yang sepatutnya kita kena sedar.. ( berbelit-belit )
sila abaikan..
ahaks!

dan lastly,

bila kita cinta ALLAH, Dia akan cinta kita balik..
dan otomatik Dia akan menggerakkan hati orang-orang sekeliling kita untuk turut mencintai kita..
oh, ini ditujukan kepada puan umi tersayang dan  mama uia sayo, bukan sayo yep..
harap maklum!
ahaks!

RAMADHAN KAREEMMMM~~~~~~
* with love yep xoxoxo *

No comments:

Post a Comment