n18h06i93 :)

nikmat yang ada tak kan terasa selagi ianya tak hilang dari depan mata

Friday 1 March 2013

Teman Ohsem :)

salam alaikum
alhamdulillah, masih diberi peluang untuk hidup hari ini
ecece

ok, jom cerita pasal teman ohsem

ehh??
tak paham dan tak tahu apa tu teman ohsem..?
ok ok..teman ohsem tu,
mengikut kamus dewan bahasa husna anak pakcik ismail yang comel lagi meletopp peff peff *uhuk uhuk!*,
teman ohsem adalah sohabat sejati, yang ada dikala suka, lebih-lebih tika bumi ditimpa hujan badai melintang kilat menyambar!
eeewwwahhh!!

dan, ya..
saya punya seorang teman, atau mungkin beberapa teman yang sekira saya,
SANGAT OHSEMMMMM!!!!
dan sekali lagi, ya..
perkataan ohsem ni pun, saya dapat daripada seorang daripada teman ohsem saya..
dan juga encik gabanna, a.k.a encik super saiya!!
heheh..

untuk malam yang indah tanpa sinaran bulan ni, saya nak bercerita pasal teman ohsem saya yang tersebut
jom panggil dia miss ZM!
ewah!!
miss Zm seorang yang chumel, baik, sweet, tapi tidak lemah lembut dan selalulah sangat suka mencari peluang untuk prank saya..
contohnya,
petang tadi, kami sama-sama ke swimming pool IIUM yang dek kerana kebiruan dan kejernihan airnya, sangat lah eyes-catching!
dan miss Zm berjanji untuk mengajar miss U *a.k.a, diri saya sendiri* berenang..
dan ada seorang akak baik hati, kak Iman turut sama mem-volunteer-kan diri beliau mengajar kami berenang..
miss Zm tengah berenang anak itik kat part yg sedikit dalam, katakan kepada miss U,
"mehlah sini..aku tunggu kau.."
then miss U kata,
"tak nak..takut tenggelam..aku mana pandai berenang"
miss Zm: "aku ada kan"

dan as u expected, sampai kesudah miss U tak menyambut ajakan miss Zm
wahahaha!
bukan pengecut wehh
GERUN!!
dan miss U pun berenang-renang anak ikan duyung *sigh* ke tepi, sambil diikuti oleh miss Zm di belakang
dan kak Iman datang menjoinkan diri..
lalu dipaksanya miss U menggagahkan diri menyelam dan menahan napas dalam air

ce teka apa miss U buat?


LARI?
tak lah
miss U pun mempraktikkan gulungan cendawan dalam air yang bak kata kak Iman, adalah cara paling senang untuk mengapungkan diri
best wooo gua cakap lu!!!
hahaha
dan sampai satu saat, dimana miss Zm di kiri dan kak Iman di kanan, sebagai life guard miss U, miss U pun mempraktikkan lagi gulungan cendawan..
tapi, tanpa disangka, dengan beraninya miss Zm menolak miss U perlahan-lahan ke tengah kolam
dan ibarat anak kucing dilempar ke dalam air, miss U dengan comelnya terkapai-kapai kehabisan napas

wa kasi tau lu lagi sekali ya
itu pasal wa cakap sama lu ini miss Zm suka kacau wa
ada paham??

chill beb..
walau miss Zm buat macam tu kat saya, saya tetap sayang dia
*blushing*

miss Zm diketahui sangat aktif melibatkan diri dengan IQRAM, or IKRAM?
alah..persatuan yang religious tuh
dan yang membuatkan saya bertambah-tambah sayang kat miss Zm,
beliau dengan beraninya tanpa pengetahuan saya, mendaftarkan saya sebagai ahli persatuan tersebut
MARAH?
tak..
buat apa nak marah kalau orang tarik kita ke jalan yang lebih lurus?
*senyum*

dan kenapa saya dengan tabahnya menjoinkan diri?
kerana puan umi terchenta saya pernah berpesan semasa beliau menghantar saya ke sini (UIA) ketika hari pendaftaran hari tuhh
"duduk kat UIA nih, cari persatuan-persatuan yang macam HALUAN ke, IKRAM ke..kalau da usrah apa-apa, join..jangan duk melarikan diri..dan niat belajar tuh, betulkae..jangan niat nak kaya, nak harta, pangkat semua tuhh..niat bia satu hari nanti, dengan kos huk dapat ni, boleh bantu umat Islam..boleh naikkan martabat Islam..jangan ingat nak main, nak tido jah.."
sob sob ToT

sekarang, saya rasakan miss Zm dah jauh lari ke depan meninggalkan saya di belakang..
sekarang, miss Zm dah dalam proses mencari jodoh..
dan siapa sangka, saya adalah antara matchmaker yang menjayakan pencarian jodoh ni..
ehehehehehhh!
ya, walau sesayang mana pun saya kat dia, kalau satu hari nanti dia kawen, dah bersuami, saya kena lepaskan dia kepada suami dia, insyaAllah..
cewahhh!!
*meremang*

dan kalau anda nak tahu lah kan..
miss Zm dan bakal-calon-lelaki tu, tak pernah kenal tak pernah bersua malahan tak pernah dengar pun nama masing-masing yang lain
kisahnya bermula, bila miss Zm selalu cerita kepada saya, betapa dia meneruskan sunnah Rasulullah S.A.W yang satu itu..
dan di kala itu juga, mungkin Allah nak memakbulkan doa miss Zm, Allah hantar kepada saya seorang lagi teman ohsem yang mempunyai seorang ikhwah yang juga mempunyai dilema yang sama seperti miss Zm
maka, kami berdua decide untuk mematch kan miss Zm dan ikhwah tersebut..
sekali lagi wa kasi tau sama lu, miss Zm dan ikhwah tersebut bebetul serius!
haiwah!!

dan sekarang, miss Zm yang saya pandang comel, kebudak-budakkan, tak berapa matured,
dah menjejak alam dewasa
permintaan miss Zm kepada bakal-calon lelaki?
jaga usrah, jaga agama
bila saya ceritakan serba sedikit tentang rupa paras bakal-calon-lelaki yang pada kiraan saya, berupa jugak lah, kepada miss Zm, dia balas,
"una, jangan kau goyahkan hati aku..aku tak naklah aku pilih dia sebab dunia.."
*nanges*

uhibbuki ya ukhti :')
semoga dapat membina baitul-muslimin yang mung idamkan tu

ss:
"una, nanti kau jadi pengapit aku lah..haha"
"serius? aku pegang janji mung :P"
"haha..tak janji wehh"
"l.o.l"
lots of love :)