n18h06i93 :)

nikmat yang ada tak kan terasa selagi ianya tak hilang dari depan mata

Monday 13 August 2012

we are still a kid :)

salam~~



"And if indeed you ask them who it is that sends down rain from the sky, and give life therewith to the earth after its death, they will certainly reply, "Allah!" Say, "Praise be to Allah!" But most of them undestand not. "
^o^

Alhamdulillah, dah berjaya siapkan lab report bagi experiment Hess's Law..
sangatlah tidak tersangka ada sohabat yang sanggup membantu diri ini    ToT
dan sungguh, ayat nih dah bantu saya melengkapkan lagih menyempurnakan report tersebut..

Melayunya,
" Dan jika kamu bertanya kepada mereka, " Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu dengan (air)  itu dihidupkanNya bumi yang sudah mati?" Pasti mereka menjawab, " Allah! " Katakanlah, " Segala puji bagi Allah," Tapi kebanyakan mereka tidak mengerti. "

Ohhoi~ hoi!
sungguhlah, Allah berkuasa untuk buat apa sahaja yang Dia mahu..
Kun, fayakun!
dan sebagai seorang insan yang lemah lagi hina dari cacing dalam tanah, janganlah kita cuba meriakkan diri..

" kau sape? bapak aku Tan Sri .. sekali aku repot bapak aku, tujuh keturunan kau sengsara " ( tsk! )
" i'm Roy .. sorry, i didn't speak malay .. in english, please .. "
" heh! cermin lahh diri sendiri dulu sebelum pandai-pandai nak tegur orang .. "

bhai..
susah hidup bila berhadapan dengan manusia-manusia sebegini..
Allah tak pernah pandang kau anak Tan Sri ka, anak Raja ka, anak tukang gunting rambut ka, anak polis ka..
Allah pandang kau punya iman lahh der!
lagih, jangan lupa daratan..
kalau namanya asal-usul keturunan melayu, nama dalam I/Cnya Jantan bin Awang o Melur binti Mamat, tak payah lahh nak riak sangat ngan nickname Roy tuhh..
lastly, silalah pandang poisitif teguran orang..
hehey!
takde manusia yang perfect atas muka bumi nihh, okehh..
orang tegur tuhh sebab nak bagi kau sedar kelemahan kau..
then, kau bolehlah cuba-cuba cover o baiki kelemahan kau..

INGAT!
Allah tuhh maha kuasa..
hidup tak selalunya berada di atas..
kadang-kadang, Allah akan letak kita kat bawah..
dan jangan masa tuhh baru nak sedar khilaf kita..

ok..
dah habis beriklan..
back to our " maudu' " a.k.a tajuk a.k.a topik utama kita untuk post kali nihh..
err, kisah kali nihh mengenai adik long saya yang beranaknya selepas saya dan mudanya 3 tahun dari saya..
sekarang beliau dalam tingkatan 4..
belajarnya kat salah satu maahad kat qlate..

petang tadi, beliau menelefon saya,,

sayo: Salam
adik long: Yo
saya: Gapoyo
adik long: Weh! gotuh hop [saya] bagi hari tuhh, krim o pencuci muka?
saya: Krim..bakpo nyoh?
adik long: Heh?!
saya: (sedikit terkejut dengan reaksi beliau ) bakpo? nak [saya] beli pencuci dio kah? (hoho! cuba menjadi seorang kakak yang sedikit concern dengan keadaan wajah [adik long] yang semakin tumbuh melata dengan suburnya jerawat di muka)
adik long: bukey pencuci kah?
saya: dey! krim lahh.. bakpo? [adik long] wat cuci muka kah?
adik long: tidaklah. (dengan suara yang sedikit..err..tak dapat didescribekan macam mana)

baiklah..
no wonder masa saya balik awal puasa hari tuhh, saya dapat lihat tiub krim tuhh tersadai dengan ayunya dalam bilik mandi..

adik long: dakpe lahh..

dan perbualan kami berhenti setakat itu..
dan terus otak saya tak dapat nak membayangkan bagaimana beliau mencuci muka beliau guna krim tuhh..
tidak!!
ini adalah imaginasi semata-mata!

anda ada apa-apa petua kah untuk menyelesaikan masalah kejerawatan-ketumbuhan-kemelataan beliau itu?
kalau ada, silalah rajinkan diri berkongsi dengan saya..
heheh ^o^

masa kami muda-muda kecik-kecik budak hingusan yang sangat naive tak tahu apa, saya rasa saya dan adik long adalah penyumbang masalah kesakitan kepala yang paling banyak kepada puan umi tersayang dan encik abah terchenta..
kenapa?
sebab kamilah anak-anak puan umi dan encik abah yang YA ALLAH! tak terbayang kenakalannya..

pernah sekali (dan mungkin lebih daripada sekali),
kami melakarkan karya seni hasil kami berdua dan sepupu-sepapat seusia kami di dinding bilik rumah..
kami kerjakan dinding yang tak bersalah tuhh dengan rubber stamp kepunyaan puan umi..
hasilnya??
wahaha!
hampir penuh dinding tersebut dengan nama puan umi yang kami stamp dengan had ketinggian kami yang puratanya usia 3-6 tahun..
dan semestinya..
puan umi hampir pitam bila lihat hasil kerja kami..


daebak~ daebak~

adapun, karya kami itu masih lagi boleh dilihat di alamat 4***, Kg S***** K*****, Kota Bharu..
hahah!

kisah kenakalan saya dan adik long tak berakhir di situ..
kecik-kecik dulu, petang-petang, adik long selalu ikut saya keluar main..
oh ya!
kawan sepermainan saya dulu majoritinya adalah lelaki..
so, jangan pelik jika dewasa-dewasa nih, saya tidak termasuk dalam kategori gadis melayu yang ayu lagi sopan-santun..
sangkaan anda telah meleset 720 degree..
hoho!


yaahhh!!



pernah satu petang, balik dari bermain,
kami lepak-lepak depan rumah dengan pengawasan encik abah yang sedang berdating dengan pokok-pokok buah beliau di halaman rumah..
dan idea datang dengan pantas di kepala hotak saya yang kiut miut apabila TERpandangkan pokok kelapa kontot kepunyaan encik jiran depan rumah..
lantas saya ajak adik long join plan cerdik saya menjahanamkan buah-buah yang tengah dalam proses pematangan..
kami dengan jayanya menggunakan kudrat kanak-kanak kami menarik buah-buah yang comel tersebut dari pokoknya, menghempas ke jalan tar untuk pecahkan tempurungnya dan meminum airnya..
oh!
kerja tuhh bukanlahh sesuatu yang susah bagi kami memandangkan kelapa tuhh adalah kelapa kontot lagi kenit dan tak perlukan parang untuk membelahnya..

dan implikasi perbuatan kami tuhh??
encik abah memberi hadiah rotan sedas dua setiap sorang dari kami..
waaa~
sakit derr!
malam tuhh kami menangis teresak-esak..

tu adalah cerita kanak-kanak..

bila kami meningkat sedikit dewasa,
kalau tak silap saya, apabila adik long mula masuk sekolah menengah,
hubungan kami mula tidak sebaik sebagaimana semasa kami kanak-kanak comel..

kami selalu bergaduhh!
wahaha!
saya sangatlah tidak sukakan kenangan sekolah menengah dulu..

adik long sedikit kurang hajau dengan kakaknya nihh..
dibandingkan dengan cik okak kami,
dia sedikit hormatkan si sulung tuhh dibandingkan dengan saya..
pernah sekali kami bergaduh sampai melayang-layang kerusi plastik kat rumah tuhh..
dan henfon saya dua bijik melayang disebabkan pergaduhan kami..
even puan umi tak dapat selesaikan masalah kami yang suka bergaduh..
kami hanya boleh berdamai bila encik abah masuk campur..

waa!!
tak nak cerita dahh kenangan pahit tuhh!!!

dan demi ALLAH!
saya sedikit bersyukur bila dikurniakan adik long yang berperangai sebegitu..
sebab, bagi saya, beliau dah beri pengalaman yang walaupun pahit bagi saya,
tapi agak berguna untuk diaplikasikan bila datang belajau kat uia nihh..
sebabnya, dulu, saya selalu gunakan pemikiran kritikal saya (sila baca: critical thinking) untuk membalas dendam kepada beliau..
ahaks!

tapi, implikasi buruk yang saya dapat,
saya langsunglahh tak dapat nak melembut-ayu-sopan-santunkan diri..
kerna, dari kecil, saya dididik dengan keganasan (ecehh!) walaupun puan umi selalulah sangat menegur kejantanan saya tuhh..


saya kira, sekarang, hubungan kami dah tak seteruk dulu..
mungkin lepas saya sambung belajar kat uia dan tak selalu duduk serumah dengan adik long,
beliau mula menginsafkan diri dan mula rasa ketidakhadiran saya disisi beliau (wahaha!)
sekarang, tiap kali saya balik, beliau dah kurang menunjukkan ketidakhajauan beliau kat saya..
tiap kali balik atau saya menelefon puan umi, ada je cerita adik long yang kadang-kadang buat saya gelak pontianak terguling-tergolek..

pernah sekali saya terdiam terkata apabila puan umi cerita kelembutan hati adik long..


(ok, sila muntah hijau sekarang jugak)


disebabkan sekarang puan umi tengah sarat mengandung 8 bulan, puan umi sangatlah tak larat buat kerja-kerja rumah..
dalam bulan 3,4 harituhh, saya dan si cik okak takde kat rumahh..
saya kat uia dan cik okak kat usm, penang..
maka, the only Queen kat rumah adalah puan umi bersama Maharaja (encik abah) dan 6 putera beliau..
selalunya yang menyelesaikan masalah pinggan-mangkuk-periuk-belanga menggunung dalam sink adalah puan umi..
disebabkan alahan-ibu-ibu-mengandung, satu malam tuhh, puan umi mengadu kat adik long,

umi: umi dok larat nihh.. tolong gak basuh pinggan mangkuk dale sink nuhh (sambil buat-buat letih yang memang bukanlah lakonan)..
adik long: .......
dan puan umi tertidur lepass tuhh..
TAPI!
disambung cerita, puan umi terjaga lepas bunyi bising-bising..
dan puan umi dapat lihat adik long menggunakan kuasa veto beliau sebagai abang sulung, merekrut adik ngah menjalankan operasi pembersihan secara sederhana..
beliau kerjakan sink tersebut dan adik ngah pulak bersihkan sikit ruang depan (maaf, ruang tamu) rumah..

dan hasilnya, walaupun tidaklah terlalu hebat, tapi sedikit meringankan beban puan umi..
dan saya hanya mampu senyap bila puan umi berkata sebegitu..

(dalam hati, ohho! rupanya berguna jugak manusia tuhh)

dan sekarang, beliau sedikit mudah nak tolerate dengan orang, dibandingkan dengan dulu..
contohnya,

situasi 1)
saya: [adik long]! jom teman gi pasar
adik long: ahh! malas lahh..
tapi, lepas tuhh beliau akan mengajak saya ke pasar..

situasi 2)
saya: [adik long], acu sipe gak sikit rumah nihh.. berkubey lebihh dari tokey pecahh (cekak pinggang)
adik long: wak ahh sediri..
dan lepas tuhh, beliau akan jadi macam pekerja indon, terbongkok-bongkok kemas rumah, walaupun memang alahan beliau dengan habuk sangatlah teruk yang sampai membolehkan beliau dapat selsema hanya dengan sapu rumah..

oh!
perlukah saya mention yang dia sekarang dah boleh tolong puan umi tanak nasik, goreng ikan-ayam-keropok lekor dan buat kerja dapur yang ringan-ringan?
wahaha!
adik long saya sangat daebak, okeh!

diceritakan, adik long ada seekor kucing peliharaan..
kami panggil kucing tersebut, "Ebok"..
sebab, kucing tuh dah berjaya memtembamkan badan dengan pengawasan adik long..

tidak!! Ebok tidak secomel nihh!

dan saya rasa, Ebok dah banyak membantu adik long menjadi seorang manusia yang bertanggungjawab..
ecececehhhh!!
kisah Ebok akan saya sambung dalam post yang lain ya..

akhir kata,
ingatlah!
Allah tak kurniakan seseorang tuhh dalam hidup kita melainkan untuk mengajar kita erti kehidupan..
walau seannoyed manapun manusia tersebut, sabarkan diri..
jangan jadi macam saya yang sangatlah tipis tahap kesabaran..
sebab, tanpa kita sedari, manusia sebegitu kadang-kadang lagi bernilai bagi kita dibandingkan dengan manusia yang baik dengan kita..
KADANG-KADANG je ye..
bukan selalunya macam tuhh..
heheh..

that's all for today..
selamat bersahur semua!!!
jangan lupa niat puasa ya!
salam alaik

p/s: esok last exam!! yabedabedui!!

Wednesday 8 August 2012

Saya Nak Jadi Tabah :)



Salam alaik ya habibi~
ya habibi ya maulana~
ahaks!

selamat petang!
selamat nak berbukak!
eh silap..
selamat berterawikh dah lahh..
heheh..

alhamdulillah,
puasa hari ni tak sahur menyebabkan tenaga terpaksa dikerahkan terlebih sedikit daripada hari-hari biasa..
yoyo!

kerana apa?
apa yang kerana apa nyek??
heheh..
ana disini bukan apa ya..
dah 2,3 hari ana tidor pukul 3,4 pagi ye..
kalau hari yang lepas-lepas,
alhamdulillah,
Allah gerakkan hati nih untuk bangun sahur..
apakan daya hari ni hati tak kuat untuk melawan kemengantukan mata..
maka, terlepaslah sahur..
dan maka, laparlahh sedikit perut ini..
dan sedikit lemah jugaklah diri ini hari ini..
hahah..

dan, ya!
of kos lah post kali nih kenalah bertepatan dengan tajuknya..
Saya Nak Jadi Tabah!!!
yeahh!!

sangatlah banyak ya dugaan Ramadhan kali ini..
mungkin kerna diri nih dah semakin dewasa ( ececeh! )
dan mungkin pencerahan agung daripada Allah membuatkan diri nih semakin sedar dengan keadaan keliling..
kenapa saya kata macam tuhh??

begini ceritanya..
kalau dalam post yang lepas,
dugaan saya dapat dalam bentuk kesihatan..

mungkin dugaan kali ni dalam bentuk pelajaran dan kawan-kawan..
ya!
kawan-kawan..

orang kata,
kawan biar seribu TAPI!
musuh janganlah dicari even satu..
nak cari kawan itu memang senang..
TAPI, nak cari seorang sahabat sangatlah susah..
lagi susah daripada nak cari sebiji beras pulut dalam sebakul beras untuk tanak nasik tuh..
ececeh!
perumpamaan dia tuh kae..
ahaks!

dan, nak bagi 100% keikhlasan dalam persahabatan pun bukan senang..
ikhlas tuh kan ibarat seekor semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap..
sangatlah susah nak berikan keikhlasan tuh..
ce try cuba test lahh..

kalau anda tengah jalan-jalan kat stesen LRT ( sambil bersiul-siul menyanyi lagu Kuch Kuch Hotta Heyy! )..
tiba-tiba anda ternampak seorang pakcik tua kat tepi tangga tuhh tengah tadah tangan meminta sedekah..
dan anda dengan bergayanya melangkah ke arah pakcik tuhh..
dengan niat nak membantu pakcik tuhh dengan mungkin sekeping dua not 1RM..
bila di depan pakcik tuhh, anda bukak dompet anda dengan gahnya..
dan bila anda terjah ke dalam dompet anda,
sangatlah kurang bernasib baik nasib anda kerna ketiadaan not 1RM..
yang ada hanya not 10RM dan 50RM..
NOOOOOOOO!!!! ( melayang perasaan masa tuhh! )

apa yang anda akan buat?
akan anda teruskan niat untuk bersedekah?
atau anda akan hayun langkah memblahkan diri dari situ??
dan kalau anda teruskan niat anda tuhh,
adakah anda rasa hati anda mampu diikhlaskan dengan pemberian itu??
sendiri jawablahh ye..
( ini adalah pengalaman kawan saya..PENGALAMAN yang sebenar )

sebab tuhh ikhlas tuhh sangat susahh..

dan ikhlas dalam persahabatan pun lebih susah dicari daripada tuhh..
ALHAMDULILLAH sangat bila Allah kurniakan saya mama uia..
sebab memang saya rasa, keikhlasan dia berkawan dengan saya tak patut diragui langsung..
oh mama uia!!
sila kawal kegerbahsan hidung anda ya..
hak hak hak.. :P

yang sedikit tidak dan kurang menyenangkan hati saya adalah apabila melibatkan manusia-manusia ciptaan Allah yang pada pandangan saya sebagai seorang manusia marhaen nihh,
hanya akan berkawan dengan seseorang tuhh kerna nakkan benefit daripada seseorang tuhh..
ya!
manusia sebegini wujud wahai teman-teman sekelian..
malah sangatlh banyak berselerak merata golongan ini di muka bumi Allah..

dan ni pengalaman saya sendiri..
bukan pengalaman yang dicedok dari orang lain..
bagaimana ceritanya??
haishh..
asyik nak kena bercerita jekk saya..
adapun saya terasa saya dipinggirkan dalam kelas..
ya..
mungkin salah saya jugak sebab jadi 'lone ranger'..
dan saya terperasan yang ada insan-insan nih sedikit menunjukkan ketidaksukaan beliau terhadap saya..
( mungkin banyak jugak yang beliau tunjukkan )..
dan banyak lagi yang berlaku..
tapi, biatlahh yang selebihnya hanya antara saya dan insan tersebut dan Allah dan mama uia dan roomate-roomate dan sahabat-sahabat saya sahaja..

sungguhlah, rasa tuhh sangat perit..
hanya Allah yang tahu apa rasa dia kat dalam nihh ( tunjuk hati )..
tapi saya tahu, Allah bagi ujian tuhh ada sebabnya..
( walaupun aemata hampir mengalir bila bercerita kat mama uia dan sempat dipujuk oleh beliau tanpa sempat aemata itu menitis..cehh! )
dan memang tak dinafikan langsung, timbul lahh jugak rasa sedikit nak tak sukakan insan tersebut..
( walau dalam hati rasa macam nak ketuk-ketuk jek budak tuhh )..
tapi, mama uia saya pesan dari dulu lagi..
"..jangan senang nak benci orang..kalau tak, orang pun akan senang benci kita.."
( kepala dongak atas )


nak tembak insan tuhh, boleh?


ya.
saya akan cuba untuk mematuhi dan mengikut pesanan mama uia saya tuhh..


ya Allah! ujian budak nihh lebih berat daripada ujian yang saya terima  :'(

saya minta teman-teman doakan supaya Allah kuatkan hati saya yang senang sangat terkacau-bilau nihh..
ehh?
saya doa ke tak??
of kos lahh saya kena doa jugak!
apa punya soalan lahh..
ahaks!

lagi satu, doakan supaya saya tak malas-malas..
examnya hari jumaat lusa 10 ogos start..
tapi, masih duk hadap lappy lagi..
buku-bukunya melayang entah ke mana..
esoknya ada assignment sama kuiz..
tapi masih sibuk menghapdet belog lagihh..
ni lahh namanya student CEMERLANG, kan..
haishh..


hehey! doakan saya tau!

rasanya, setakat tu dululah untuk kali ni..
peace be upon u :)

che una : apa pun takbleh jadi  ^o^

Sunday 5 August 2012

Allah sayang Saya :)

Assalamualaikum
sudah lama rasanya tidak menghapdet blog yek..
ahaks!

btw, rasanya masih tak terlambat untuk saya ucap
RAMADHAN KAREEM~~



oyyyeahh~ oyyyeaaahhhh~




IT'S RAMADHAN BEBEH!!
wee~~


hari ni dah masuk 16 Ramadhan, INSYALLAH..
dan ALHAMDULILLAH, Allah masih bagi sayo peluang untuk sambut Ramadhan tahun ni
kan3??
ahaks!

dan sungguh, ALHAMDULILLAH,
Ramadhan ni, sayo dapat pencerahan yang maha agung..
sungguhlah, banyak nikmat yang Allah dah bagi kat hamba yang lemah lagi hina nihh..

ditakdirkan Allah, 2 hari lepas sayo selsema++headache dan dengan penambah rasa, demam..
rasanya?
macam tomyam seafood yang ada ketam, sotong, udang, fishball, lala, kepah dan lain-lain..
sangat enak dan sedapp ye..
buatnya malam tuhh ada drama air mata yang langsung tak sedih, tapi lawak..
kenapa??
sebab ibu sayo di uia nih ( lets call her "mama uia" ), beliau mengfire sayo kerna tidak mengikut arahan beliau..
oh tidak!
itu adalah fitnah ke atas mama uia sayo!

dek kerana kepala yang berat bak ditimpa kren, jentolak, keto ssodok ( adik sayo panggil "keh" ) dan kapal selam,
bilamana time sujud dan rukuk,
airmata otomatik terkeluar dengan sendirinya..
bhai!!

bila timbul kes demam++sakit nak bermanja dengan orang nihh lah, baru nak sedar langit tuhh tinggi ke rendahh..
time sehat bukan main heh hola-hola tak hengat dunia..
bila dah macam nihh, terpaksa lahh tilam hempuk dan bantal busuk jadi peneman setia..

yang nak diHIGHLITE disini ( maaf, spelling sengaja disalahkan ),
sayo sedar ( dah lama sebenornye sedar ) yang mama uia sayo tuhh sangat lahhh caring orangnya..

- - - - -

 ( ok, sila muntah darah )

malam tuhh, lepas solat isyak pada pukul **.** malam, sayo ketiduran bak seorang baby yang baru lepas minum susu ( sedikit hiperbola disini ),
dan bermimpi main monopoli,
tiba2 muka n kepala nihh rasa basahh..
macam ada oghang jirus air derr!
dan bila dibuka-celikkan mata,
mama uia dah setia terbeliak mata kat tepi..
ditonyoh-tonyoh nya kain basah kat muka nihh..
memang masa tuhh suhu sedikit tinggi bak padang pasir yang berangin lagi gersang tak berpokok..
dan tindakan beliau itu amatlah tepat lagi sesuai dengan keadaan semasa..
dan, shesshhh!!
adalah sejujurnya diri ini terasa terharu..


INSYALLAH, mama uia sayo tuh adalah sohabat sayo dunia akhirat :)

lepas mama uia buat macam tuh, terus sayo tersegar tak tertido..
so, digagahkanlah diri nih untuk bangun bersahur..
sambil makang roti sambil call puan umi tersayang..


yamm yamm~~ sedap~~


dan sah-sah lah puan umi tersayang masih beradu kerna masa tuhh baru jek pukul 4 pagi lebihh..
usai bagi salam, terus nangiss tak sempat nk royak gape-gape ( ok, sedikit memalukan disini )..
terus suara puan umi jadi segau bugau dek keterkejutan mendengar suara anak perempuan BONGSUnya yang serak-serak lagi hensem..

ok, moh lah kita sama-sama menghentikan cerita bersama-sama puan umi tersayang setakat itu sahaja..
dikhuatiri akan membebankan kepala dan hotak anda yang kiut-kiut itu..
ahaks!

yang pasti, ALHAMDULILLAH, kerana
1) Allah bagi nikmat KELUARGA dan RAKAN yang memang undeniable tetap setia kat sisi walau diri ini mengada-ngada sama ada sedikit mahupun banyak kengadaannya..jangan pelik jika dikatakan disini bahwasanya ada teman sayo yang tak pernah mahupun jarang sekali mengalami pengalaman sayo nih bilamasa mereka dalam situasi sebegini..
2) ALLAH MASIH PEDULI AKAN SAYO..pernah seorang teman bercerita, masa dia terlantar takleh bergerak dengan peha patah kena operate masuk besi akibat eksiden dilanggar van, seorang guru pondok beliau datang melawat dan menasihat beliau yang berbunyi lebih kurang macam ni : "..sohabat Rasulullah S.A.W dulu, ada yang menceraikan isterinya kerna isterinya itu tak pernah diberi ujian sakit ( even demam o selsema ) oleh Allah.. dan sohabat itu beranggapan bahawa allah tak ambik peduli tentang isterinya dan isterinya bukanlah seorang hamba-Nya yang baik..lantas, kerna itu beliau menceraikan isteri beliau.."..YA! ini tandanya Allah masih peduli kat sayo..

dan banyak lagi nikmatnya yang tak sempat otak ni nak interprete untuk ditulis kat sini..
sungguh, kalau tak sebab ada situation yang sebegini, contohnya, kita takkan nyer ada masa nak menyibukkan otak nak memikir apa yang sepatutnya kita kena sedar.. ( berbelit-belit )
sila abaikan..
ahaks!

dan lastly,

bila kita cinta ALLAH, Dia akan cinta kita balik..
dan otomatik Dia akan menggerakkan hati orang-orang sekeliling kita untuk turut mencintai kita..
oh, ini ditujukan kepada puan umi tersayang dan  mama uia sayo, bukan sayo yep..
harap maklum!
ahaks!

RAMADHAN KAREEMMMM~~~~~~
* with love yep xoxoxo *