"And if indeed you ask them who it is that sends down rain from the sky, and give life therewith to the earth after its death, they will certainly reply, "Allah!" Say, "Praise be to Allah!" But most of them undestand not. "
^o^
Alhamdulillah, dah berjaya siapkan lab report bagi experiment Hess's Law..
sangatlah tidak tersangka ada sohabat yang sanggup membantu diri ini ToT
dan sungguh, ayat nih dah bantu saya melengkapkan lagih menyempurnakan report tersebut..
Melayunya,
" Dan jika kamu bertanya kepada mereka, " Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu dengan (air) itu dihidupkanNya bumi yang sudah mati?" Pasti mereka menjawab, " Allah! " Katakanlah, " Segala puji bagi Allah," Tapi kebanyakan mereka tidak mengerti. "
Ohhoi~ hoi!
sungguhlah, Allah berkuasa untuk buat apa sahaja yang Dia mahu..
Kun, fayakun!
dan sebagai seorang insan yang lemah lagi hina dari cacing dalam tanah, janganlah kita cuba meriakkan diri..
" kau sape? bapak aku Tan Sri .. sekali aku repot bapak aku, tujuh keturunan kau sengsara " ( tsk! )
" i'm Roy .. sorry, i didn't speak malay .. in english, please .. "
" heh! cermin lahh diri sendiri dulu sebelum pandai-pandai nak tegur orang .. "
bhai..
susah hidup bila berhadapan dengan manusia-manusia sebegini..
Allah tak pernah pandang kau anak Tan Sri ka, anak Raja ka, anak tukang gunting rambut ka, anak polis ka..
Allah pandang kau punya iman lahh der!
lagih, jangan lupa daratan..
kalau namanya asal-usul keturunan melayu, nama dalam I/Cnya Jantan bin Awang o Melur binti Mamat, tak payah lahh nak riak sangat ngan nickname Roy tuhh..
lastly, silalah pandang poisitif teguran orang..
hehey!
takde manusia yang perfect atas muka bumi nihh, okehh..
orang tegur tuhh sebab nak bagi kau sedar kelemahan kau..
then, kau bolehlah cuba-cuba cover o baiki kelemahan kau..
INGAT!
Allah tuhh maha kuasa..
hidup tak selalunya berada di atas..
kadang-kadang, Allah akan letak kita kat bawah..
dan jangan masa tuhh baru nak sedar khilaf kita..
ok..
dah habis beriklan..
back to our " maudu' " a.k.a tajuk a.k.a topik utama kita untuk post kali nihh..
err, kisah kali nihh mengenai adik long saya yang beranaknya selepas saya dan mudanya 3 tahun dari saya..
sekarang beliau dalam tingkatan 4..
belajarnya kat salah satu maahad kat qlate..
petang tadi, beliau menelefon saya,,
sayo: Salam
adik long: Yo
saya: Gapoyo
adik long: Weh! gotuh hop [saya] bagi hari tuhh, krim o pencuci muka?
saya: Krim..bakpo nyoh?
adik long: Heh?!
saya: (sedikit terkejut dengan reaksi beliau ) bakpo? nak [saya] beli pencuci dio kah? (hoho! cuba menjadi seorang kakak yang sedikit concern dengan keadaan wajah [adik long] yang semakin tumbuh melata dengan suburnya jerawat di muka)
adik long: bukey pencuci kah?
saya: dey! krim lahh.. bakpo? [adik long] wat cuci muka kah?
adik long: tidaklah. (dengan suara yang sedikit..err..tak dapat didescribekan macam mana)
baiklah..
no wonder masa saya balik awal puasa hari tuhh, saya dapat lihat tiub krim tuhh tersadai
adik long: dakpe lahh..
dan perbualan kami berhenti setakat itu..
dan terus otak saya tak dapat nak membayangkan bagaimana beliau mencuci muka beliau guna krim tuhh..
tidak!!
ini adalah imaginasi semata-mata!
anda ada apa-apa petua kah untuk menyelesaikan masalah kejerawatan-ketumbuhan-kemelataan beliau itu?
kalau ada, silalah rajinkan diri berkongsi dengan saya..
heheh ^o^
masa kami muda-muda kecik-kecik budak hingusan yang sangat naive tak tahu apa, saya rasa saya dan adik long adalah penyumbang masalah kesakitan kepala yang paling banyak kepada puan umi tersayang dan encik abah terchenta..
kenapa?
sebab kamilah anak-anak puan umi dan encik abah yang YA ALLAH! tak terbayang kenakalannya..
pernah sekali (dan mungkin lebih daripada sekali),
kami melakarkan karya seni hasil kami berdua dan sepupu-sepapat seusia kami di dinding bilik rumah..
kami kerjakan dinding yang tak bersalah tuhh dengan rubber stamp kepunyaan puan umi..
hasilnya??
wahaha!
hampir penuh dinding tersebut dengan nama puan umi yang kami stamp dengan had ketinggian kami yang puratanya usia 3-6 tahun..
dan semestinya..
puan umi hampir pitam bila lihat hasil kerja kami..
daebak~ daebak~ |
adapun, karya kami itu masih lagi boleh dilihat di alamat 4***, Kg S***** K*****, Kota Bharu..
hahah!
kisah kenakalan saya dan adik long tak berakhir di situ..
kecik-kecik dulu, petang-petang, adik long selalu ikut saya keluar main..
oh ya!
kawan sepermainan saya dulu majoritinya adalah lelaki..
so, jangan pelik jika dewasa-dewasa nih, saya tidak termasuk dalam kategori gadis melayu yang ayu lagi sopan-santun..
sangkaan anda telah meleset 720 degree..
hoho!
yaahhh!! |
pernah satu petang, balik dari bermain,
kami lepak-lepak depan rumah dengan pengawasan encik abah yang sedang berdating dengan pokok-pokok buah beliau di halaman rumah..
dan idea datang dengan pantas di kepala hotak saya
lantas saya ajak adik long join plan
kami dengan jayanya menggunakan kudrat kanak-kanak kami menarik buah-buah yang comel tersebut dari pokoknya, menghempas ke jalan tar untuk pecahkan tempurungnya dan meminum airnya..
oh!
kerja tuhh bukanlahh sesuatu yang susah bagi kami memandangkan kelapa tuhh adalah kelapa kontot lagi kenit dan tak perlukan parang untuk membelahnya..
dan implikasi perbuatan kami tuhh??
encik abah memberi hadiah rotan sedas dua setiap sorang dari kami..
waaa~
sakit derr!
malam tuhh kami menangis teresak-esak..
tu adalah cerita kanak-kanak..
bila kami meningkat sedikit dewasa,
kalau tak silap saya, apabila adik long mula masuk sekolah menengah,
hubungan kami mula tidak sebaik sebagaimana semasa kami kanak-kanak
kami selalu bergaduhh!
wahaha!
saya sangatlah tidak sukakan kenangan sekolah menengah dulu..
adik long sedikit kurang hajau dengan kakaknya nihh..
dibandingkan dengan cik okak kami,
dia sedikit hormatkan si sulung tuhh dibandingkan dengan saya..
pernah sekali kami bergaduh sampai melayang-layang kerusi plastik kat rumah tuhh..
dan henfon saya dua bijik melayang disebabkan pergaduhan kami..
even puan umi tak dapat selesaikan masalah kami yang suka bergaduh..
kami hanya boleh berdamai bila encik abah masuk campur..
waa!!
tak nak cerita dahh kenangan pahit tuhh!!!
dan demi ALLAH!
saya sedikit bersyukur bila dikurniakan adik long yang berperangai sebegitu..
sebab, bagi saya, beliau dah beri pengalaman yang walaupun pahit bagi saya,
tapi agak berguna untuk diaplikasikan bila datang belajau kat uia nihh..
sebabnya, dulu, saya selalu gunakan pemikiran kritikal saya (sila baca: critical thinking) untuk membalas dendam kepada beliau..
ahaks!
tapi, implikasi buruk yang saya dapat,
saya langsunglahh tak dapat nak melembut-ayu-sopan-santunkan diri..
kerna, dari kecil, saya dididik dengan keganasan (ecehh!) walaupun puan umi selalulah sangat menegur kejantanan saya tuhh..
saya kira, sekarang, hubungan kami dah tak seteruk dulu..
mungkin lepas saya sambung belajar kat uia dan tak selalu duduk serumah dengan adik long,
beliau mula menginsafkan diri dan mula rasa ketidakhadiran saya disisi beliau (wahaha!)
sekarang, tiap kali saya balik, beliau dah kurang menunjukkan ketidakhajauan beliau kat saya..
tiap kali balik atau saya menelefon puan umi, ada je cerita adik long yang kadang-kadang buat saya gelak pontianak terguling-tergolek..
pernah sekali saya terdiam terkata apabila puan umi cerita kelembutan hati adik long..
(ok, sila muntah hijau sekarang jugak)
disebabkan sekarang puan umi tengah sarat mengandung 8 bulan, puan umi sangatlah tak larat buat kerja-kerja rumah..
dalam bulan 3,4 harituhh, saya dan si cik okak takde kat rumahh..
saya kat uia dan cik okak kat usm, penang..
maka, the only Queen kat rumah adalah puan umi bersama Maharaja (encik abah) dan 6 putera beliau..
selalunya yang menyelesaikan masalah pinggan-mangkuk-periuk-belanga menggunung dalam sink adalah puan umi..
disebabkan alahan-ibu-ibu-mengandung, satu malam tuhh, puan umi mengadu kat adik long,
umi: umi dok larat nihh.. tolong gak basuh pinggan mangkuk dale sink nuhh (sambil buat-buat letih yang memang bukanlah lakonan)..
adik long: .......
dan puan umi tertidur lepass tuhh..
TAPI!
disambung cerita, puan umi terjaga lepas bunyi bising-bising..
dan puan umi dapat lihat adik long menggunakan kuasa veto beliau sebagai abang sulung, merekrut adik ngah menjalankan operasi pembersihan secara sederhana..
beliau kerjakan sink tersebut dan adik ngah pulak bersihkan sikit ruang depan (maaf, ruang tamu) rumah..
dan hasilnya, walaupun tidaklah terlalu hebat, tapi sedikit meringankan beban puan umi..
dan saya hanya mampu senyap bila puan umi berkata sebegitu..
(dalam hati, ohho! rupanya berguna jugak manusia tuhh)
dan sekarang, beliau sedikit mudah nak tolerate dengan orang, dibandingkan dengan dulu..
contohnya,
situasi 1)
saya: [adik long]! jom teman gi pasar
adik long: ahh! malas lahh..
tapi, lepas tuhh beliau akan mengajak saya ke pasar..
situasi 2)
saya: [adik long], acu sipe gak sikit rumah nihh.. berkubey lebihh dari tokey pecahh (cekak pinggang)
adik long: wak ahh sediri..
dan lepas tuhh, beliau akan jadi macam pekerja indon, terbongkok-bongkok kemas rumah, walaupun memang alahan beliau dengan habuk sangatlah teruk yang sampai membolehkan beliau dapat selsema hanya dengan sapu rumah..
oh!
perlukah saya mention yang dia sekarang dah boleh tolong puan umi tanak nasik, goreng ikan-ayam-keropok lekor dan buat kerja dapur yang ringan-ringan?
wahaha!
adik long saya sangat daebak, okeh!
diceritakan, adik long ada seekor kucing peliharaan..
kami panggil kucing tersebut, "Ebok"..
sebab, kucing tuh dah berjaya memtembamkan badan dengan pengawasan adik long..
tidak!! Ebok tidak secomel nihh! |
dan saya rasa, Ebok dah banyak membantu adik long menjadi seorang manusia yang bertanggungjawab..
ecececehhhh!!
kisah Ebok akan saya sambung dalam post yang lain ya..
akhir kata,
ingatlah!
Allah tak kurniakan seseorang tuhh dalam hidup kita melainkan untuk mengajar kita erti kehidupan..
walau seannoyed manapun manusia tersebut, sabarkan diri..
jangan jadi macam saya yang sangatlah tipis tahap kesabaran..
sebab, tanpa kita sedari, manusia sebegitu kadang-kadang lagi bernilai bagi kita dibandingkan dengan manusia yang baik dengan kita..
KADANG-KADANG je ye..
bukan selalunya macam tuhh..
heheh..
that's all for today..
selamat bersahur semua!!!
jangan lupa niat puasa ya!
salam alaik
p/s: esok last exam!! yabedabedui!!
No comments:
Post a Comment