n18h06i93 :)

nikmat yang ada tak kan terasa selagi ianya tak hilang dari depan mata

Saturday, 29 December 2012

Red Velvet :)

Assalamualaikum!
oh my!
dah bersarang wehh lelabah kat sini
ngeh3 :P
ya..ya..
dah lama dop tulis post..
and kalu tgk kat archive, rasanya, puratanya, sebulan satu post ya?
kih3..

oh, dan post kali nih, nak bagi resepi red velvetlahh..
ya ya ya..
tahu lah ada yang dah pandai buat kek ni sampaikan dirasakan post ni tak berguna
ehhhh!
tapi, sebab ada sorang sohabat ( ececeh~~ ) mintak resepi nih sejak beberapa bulan lalu,
ku rasakan perlu kot penuhi permintaan beliau itu

and here it go!!
NURIN JAZLINA!
sila hadam molep2 ye resepi nihh
letih eden menaip :P

cik nuyin si tudung pink di depan bersama2 kakak nya kak zatil, si doc n adiknya, izzah si doc-to-be and si kembar ( tak ingat nama ) n si adik lelakinya ( tak tahu nama ). btw, adik jate demo supo nickhun versi melayu..ngeh3..no offense..
n maap, gambor curi kat fb..ngeh3 


RED VELVET


kasi korang2 terliur dulu..ngeh3 :P

DIA PUNYA KEK:

250gm tepung gandum
15gm ( 2sudu besau ) serbuk koko
113gm butter ( lebih sikit pun, takpe sebenaunya )
240ml fresh milk ( beli je susu dutch lady huk full cream tuhh )
300gm gula aising ( sayo guna 250gm jah dikhuatiri manis do'oh )
2biji telur
1 st cuka
1 st esen vanilla
1 st baking soda ( a.k.a sodium bikarbonat )
1 st garam
1 sb perahan lemon ( kalu takdop lemon, buleh ganti ngan asam limau nipis )
2 sb pewarna merah

guane nak buat??

pastikan anda gunakan mixer kek ya..keh3

1. ayak tepung gandum n serbuk koko sekali..siap ayak, masukkan 1 st garam.biarkan selama 5minit.
  kalu awok2 guna tepung naik sendiri a.k.a tepung kek huk kita beli, dia duk dalam kotak, xpayah lahh tambah garam.sebab kita tambah garam dalam ayakkan tepung gandum n koko tuh sebab kita nk buat tepung naik sendiri kita.

2. pukul butter guna mixer..bila tekstur dia nampak comel mengancam aww aww ( cewahh! ), masukkan gula sedikit demi sedikit. mix kan. then, tambah esen vanilla. mix lagi. last skali, tambah telur sebiji demi sebiji. letak tepi.

3. sukat susu segar 240ml. tambahkan pewarna. kalu nak kasi warna kek tu merah mengancam, taruk lah lebih sikit pewarna. pastu, taruk cuka makan 1 sb. biarkan selama 5minit.
AWAS! terlalu banyak pewarna boleh menjejaskan kesihatan anda. sekian

4. selang seli masukkan no.1 and no.3 ke dalam no.2. mix kan.

5. ambik satu cawan kecik. masukkan 1 st baking soda, then 1 st cuka. and bila terhasilnya bubbles kesan tindakbalas antara cuka n baking soda, sepantas kilat! masukkan dalam adunan no.4 tadi.

siap!

6. preheat oven 160 celcius for 25-30 minit, masa dia depends pada ketebalan adunan yang anda taruk dalam loyang.

7. ambik loyang, taruk kertas minyak, sapu marjerin, masukkan adunan, bakar. ngeh3
nanti dah siap bakar, kek anda akan jadi macam di bawah:

ada dua lapis sebab sayo buat adunan tu, dua kali bakar.
n ni dah tengah proses menghias. yang putih tu adalah frosting dia.

dah siap bakar, masukkan dulu dalam peti es for few hours. lagi lama dia bertapa dalam peti tu, lagi elok lah.

kenapa kita taruk dalam freeze dulu? sebab, taknak lah kek tuh pecah2 masa nak hias. kek ni termasuk dalam kategori kek moist, yang sangatlah lemah lembut halus gemalai dan akan pecah jika kita berlaku kasar kepada beliau. ecehh!

kalu yang sayo buat kat atas ni, kami2 ( sayo dan adik2 ) buat kek ni malam. lepas bakar, biar dia sejuk kejap then taruk dalam freeze. tengah hari esoknya baru kami keluarkan dari freeze.


FROSTING:

250gm cream cheese
100gm gula aising
30gm butter
1 sb perahan limau
1 sb susu segar
1 sb esen vanila

pastikan butter n cream cheese anda berada di suhu bilik ya.
masukkan semua barang2 diatas dalam mixer, then mix sampai anda puas hati ngan tekstur dia.
dah siap buat frosting, boleh lah stat menghias!

ni frosting dia..yamm yamm~~sedap diratah begitu saja~~



proses mengfrosting



:P



beginilah jadinya..heheh
hodoh gill derr!


:O




tada!! tak siap lagi derr



hias hias hias~~



jeng jeng jeng! final productnye beginilah rupanya


ni lah rupa dalamnya.




apa lagi. makan lerr!!

credit to sulong miss sumaiyah a.k.a si gloriosalily atas kerja2 menghias kek ni. eden saja bagi peluang kat dia. menangis-nangis mintak nak hias. kesian dia ~~ :P


btw,


1st time buat, begini rupanya


2nd time..improve lahh sikit ehh..


3rd time..puas hati lahh ngan rupa dia ini kali

TIPS TAMBAHAN!

1. gula aising buleh diganti ngan gula biasa yang kita guna buat air tu. dengan syarat, kurangkan sikit kuantiti nya sebab gula biasa lagi manisss kalu nak banding ngan gula aising.

2. kalau takda kertas minyak, ambik kertas A4, ukur lilit bontot loyang anda, then gunting!
sapu marjerin kat loyang, taruk kertas A4 yang anda gunting tu, then sapu lagi marjerin. ratakan seluruh loyang ye. lagi banyak marjerin anda sapu, lagi senang proses nak mengalihkan kek dari loyang lepas kek tu masak.
AWAS! terlalu banyak marjerin boleh membuatkan lemak-lemak di badan anda beranak-pinak!

3. masa nak taruk frosting, dinasihatkan taruk kat tepi2 dia dulu. jangan taruk kat atas lagi. nati senang lah nak pusing2 kek tu masa nak menghias.

4. cream cheese tuh, kalau dibeli kat giant o tesco o pantai timur, rege dia dalam doblas hengget ( RM12 ++ ). dinasihat kan, cari lerr kat kedai pembekal barangan bakery. eden g cari kat kedai tu. rege kat situ RM8++ je kot!!

5. kalu nk hias kaler2 macam gambar2 di atas, ambik frosting, taruk dalam bekas asing2 n taruk pewarna barang setitik dua. frosting tu, xpayah banyak sangat. dalam dua, tiga sudu besau dah cukup cam nak buat hiasan kat atas.

6.  frosting yang lebih buleh lah diratah mahupun dijadikan kayak jem, disapu kat roti n dimakan. sedap woo~~

7. tips terakhir! pastikan ingredients anda semua nih, dari sumber yang halal ye. cream cheese jenama kraft namanye philadelphia ( or something like that ) adalah dijamin halal. dan kebanyakkan produk tenusu a.k.a dairy product dari australia adalah halal. cuma, dinasihatkan mengechek dulu satus kehalalannya untuk kesejahteraan bersama.

itu sahaja.
selamat mencuba,
sekian, terima kasih
:P  :)  :O

Thursday, 6 December 2012

Aku ignorant.

Salam alaik..
eheh..

hidup nii memang cobaan banyak
tak percaya??
omaigod!
*sila baca: Ya Allah!*

kadang-kadang, rasa macam
ehhh! diorang perasankan aku ke tak ni
bila?
bilamana anda di tengahh sekelompokk manusia
tapi dilayan bak roh tak bernyawa
eheh..
selalu je, ok
xpayahh pelik sangat lahh

dan dah banyak perasan..
sama ada dalam sedar mahupun pengsan!
oh, dia ni benci kat aku..
wak, kalau betul pun benci kat saya, jangan lahh tunjuk sampai macam tuhh sekali..
saya pun ada hati perasaan jugak tau.

puncanya, mungkin sebab diri ni masih kebudak-budakkan yang entah bila nak meningkat dewasa
betulkah begitu??

dan, bila diperah otak bak memerah santan memikir,
ohhh..
baru ku tahu..
khilaff diri sendiri

kepada yang pernah sekelas, sebilik mahupun berada seketika bersama saya,
ampun maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki dipinta sebab saya tahu, anda semua PASTI pernah terasa hati ngan saya
kan kan kan??
ANGGUK JELA! ( muka bekeng )

saya cuba nak jadi lebihh baikk..
doakan dan bantulah saya
:P

kuruss+flawless face+comel+ramping nyerr aku duluu!!!
( masuk lemari tutup sendiri )


ss: dalam hati ni,
deguen deguen!

Friday, 23 November 2012

May Allah bless him ;')

ASALAMUALAIKUM!
kabare??
harap waras2 semua

motip..motip  -o-'

my sis, my 3 super duper pemalu punya cousins ( kononnya lahh ), and my late uncle..
yes
late
he passed away today's morning
Allah love him more

how?
he got cancer which 'berakar' on his neck for years
lung and kidney malfunction due to smoking, but he had already stop smoking for years
arwah dulu askar..tak pelik la kan kalau kuat merokok
 he was admitted to the hospital last 2 days, if I'm not mistaken sebab lelah
pagi kelmarin okey je..boleh bangun bual2 borak2 n baca sokhabar
dan, tetiba je angin tak bertiup pokok tak tumbang,
lelah dia datang balik petang kelmarin
and with nil sign, lelah dia semakin teruk
dan dekat magribnya, doc kata dia dah tenat..
malamnya, dah kena bernapas guna mesin hayat tuhh

BAPAK SEDIHH WEHHH!!
rasanya si minara lagi sedih kot..
dulu, masa pak sedara kami meninggal, dia kat matrik
nenek kami meninggal, dia kat usm
n arwah yang ni meninggal, dia still kat usm
yang lagi3 sedih, arwah tak sempat tatap pun adik kami si Fathi even though Fathi dah nak masuk 3 bulan

mmmmmeowwww!!
yang boleh jadi lawak, si mama uia boleh marah masa saya pegi ronda2 nga sorang bapak sedara petang tadi
dia tanya, " mung takde perasaan sedih ke? pegi ronda2 time2 orang tgh nak berkabung "
lebih kurang macam tuhh lah kot
lolol..
kami pegi jumpa the bapak sedara punya bakal besan, then pegi lawat my cousin yang masuk sepital
ahha

oke lahh..need to merajinkan diri memandangkan pak2 sedara n mak2 sedara melepak di rumah
ahaks!
salam alaik!

Wednesday, 24 October 2012

ALHAMDULILLAH!!!

Assalamualaikum!

yeay!!!
MERDEKA!!! at last
muahaha!
alhamdulillah sekali lagi
dah habis pun final
yang turut menandakan habisnya saat2 ISTIMEWA ( istimewa lahh sangat ) kat CFS IIUM, PJ
( sob2..sedikit sedih terasa )

gubbai padang ( sob sob )


eh eh..FZ lahh! muahaha!

i'm a graduating student a.k.a bakal jadi pengusaha anggur yang berjaya now..
ahaks! ( keseriusan yang sangat tinggi )
dan again, Alhamdulillah..
sepanjang kat sini, takde lahh kot buat musuh ngan sesapa, setakat yang saya tahu..
tak tahu lahh kot2 ada yang simpan dendam dalam diam, kae3
ehehe..
maap bebanyak..
diri nihh banyak sangat kekurangan

my roomate for previous sem and this sem, IS DA BEST!
ya, mungkin mereka ada kelebihan and kekurangan masing2..
tapi, tanpa mereka, mungkin saya masih tak berapa nak kenal diri saya sendiri
( mama uia..missing u already ToT )

dan classmate, pun among da best classmate ever..
Bedah, Hotsetup, Amal, Rhafi, Ecah, Aliah
korang memang thhhheeeee bbbbeeeeeesssssstttttt lahhh!!

1st and 2nd sem..
boleh tgk ya nisbah jantan ngan pompuan


bedah@zubaidah, best buddy
yang sangatlah penyabar selain mama uia n aini


from left: aliah, chappa hotsetup n amal


hehey, ini dunia kami yang punya!
from left: bedah, aliah, amal, MEEE, rhafi, hotsetup, ecah
( sila abaikan cermin rongak di belakang )


this is what Maria Elena call motip, i guess
muahahahaha!


ya, saya comel
tengkiu
( muntah darah )


the only kelantanese dalam kelas
oh, i lap u lahh amal!
hakhakhak

airmata hampir menitis ( thak thak thak ) masa salam peluk cium dakap mereka tadi kat depan AMF HALL lepas exam comm
sedih nak berpisah ++ sedih soalan comm susah ( seyes doe! )

dan tengah hari nya,
DATE WITH MAMA UIA!!
mahma mia!
first time, i think, date berdua ngan mama uia ( except tyme otw balik rumah dia )
we spent almost 5 hours merewang meronggeng sepelosok seceruk mid valley..
jangan tanya kami buat apa..
kami pun tak tahu
muahahahaha!

dan,
 I SPENT 200RM TODAY!!
gilakk..

wawawa! menunggu sesapa lahh yang nak bagi  menatang sekor nih kat beta

aini, I lap ur tahap kesabaran terhadap kecomelan perangai I
thehehehehe  :P


Mirah, missing u..
miss me tak?
( sending my heart )

and lastly, maap lahh gambar mama uia takdak
menghormati permintaan beliau supaya identitinya tetap dirahsiakan
( haktuihh! )

setakat nihh sahaja lahh kot
korang2, jangan nakal2 tau cuti2 ni
cari lahh keje..
kumpul duet, bleh blanja aku
ehekhekhek..
jumpa korang2 kat gombak nanti, INSYALLAH
to Mirah, kalau duk kat mesia, jangan lahh menyepi pulak ya
hahak

lastly, korang are the best
sayang ketat2 muah muah muah!!

assalamualaikum!

p/s: mama, seriusly terasa sepi wehh  ToT
cekgu sohaimi, pun missing you too..may Allah bless

Tuesday, 23 October 2012

al-Fatihah ;(




Assalamualaikum
dan selamat pagi..
rasanya, hari ni adalah hari first saya bangun awal pagi semenjak exam start
muahaha!

dan memang bangun awal-awal pagi nih ada petanda
bila bangun, chek tepon, ada mesej masuk

"salam una..ayah ummi dah takde"


terpaku


terkedu


terkaku




T-T


ummi adalah my childhood freind a.k.a kawan membesar sesama
kami sama sekolah rendah and masuk sekolah menengah yang sama (jugak)..
ayah ummi adalah cg sohaimi, my math teacher kat sekolah rendah duluh
beliau kembali ke pangkuan Ilahi pagi tadi, 1.00 a.m atas sebab2 yang masih tak jelas (kepada saya)..

memori terus melayang derr sebab BAANYAAAAKKKKK SESANGGGGATTTT kenangan ngan cg sohaimi, antara my beloved chekgu!!
pegi lepak rumah cekgu, makan sekali ngan cekgu, lepak bilik buku teks ngan cekgu, kena renjis ngan air masa tdo dalam kelas ngan cekgu ( kenangan paling bermakna -0-' ), cekgu tlg promote kue puan ummi kat sekolah, pegi tournament badminton ( tapi kalah ) ngan cekgu, cekgu teman masa pertandingan matematik peringkat ppd, latihan sukan sekolah ngan cekgu dan BANYYAAAKKKK lagi lahh!

YA ALLAH!
maaf lah..
tak leh nak tulis post panjang-panjang lagi

"Ya Allah, dia antara insan-insan yang banyak menabur jasa kepadaku, yang banyak membantu aku, yang banyak memarah dan memujuk aku, yang sangat aku sayang! Kau rahmatilah dia. Letakkan dia bersama-sama kekasih-MU, Muhammad Rasulullah S.A.W. Terangilah rumah-selamanya dia ( kubur ). Luaskan rumahnya. Berilah dia kesenangan untuk menjawab soalan malaikat-malaikat mu. Senangkan segala urusan dia di sana. Aamin "


salam idul adha :)

Nah! lembu korban


Tuesday, 9 October 2012

susah nyer nk cari suami T^T

assalamualaikum
oh hoi!!
jangan la cepat terkejut monyet sangat baca tajuk post..
baru tajuk kot..
belom masuk isi -kandungan-perut lagi

dan calon-calonnya!!! ( bunyi gendang dang dang dang dang!! )
1. Biotechnology/biochemistry engineering
2. Communication engineering
3. Computer engine
4. Manufacturing engine
5. Material engine
6. Automotive engine
7. Mekatronic engine
8. Aerospace engine

Oh ya..mereka semua segak bergaya lagi hensem
tapi, apakan daya hati ni berbelah bagi..
sungguhlah, nak buat decision yang melibatkan masa depan nih,
SANGATLAH SUSAH BHAI!!

Kalau tanya puan umi, akan dijawabnya
"Tanya Allah.. Buat semayang istikoroh."
Terbaik punya jawapan.
Mesyuarat dengan manusia kenalah diikuti ngan mesyuarat ngan Allah.
Bak kata puan umi, niat kan dalam hati, apa2 major ( ehem, suami oke ) yang dipilih, biat ada keinginan nanti nak gunakan ilmu tu untuk berdaakwah kat jalan Allah ( debushhh!! kena sebijik betul2 atas muka )

Bila mesyuarat ngan sepupu-sepapat, pak sedara-mara, che okak and teman-teman,
majoriti cadangkan ambik biotech..
what???
( che okak tak setuju pada mulanya )
err..for uollss info, I kureng sikit bio-mayo ni, oke
and undeniable, I tak suka, dengan maksud sebenau, TAK CINTAKAN MATH!!
warghH!!!
sebab tu che okak tak berapa setuju bilamana saya nak taruk biotech kat 1st choice..
eheheheh..
otakku dah tepu lagi beku nak membuat pilihan


calon 1 cakap:

bebeh! come to me!



calon 2 pulak kate:


saya akan layan awak baik2 :P


calon 3??? :

awok pilih sayo, awak akan sedikit merana
( err.. err.. )

calon 4 n 5 :

ahha! tak nak pilih kami?


dan kepada calon 6,7,8,  maaf, saya terpaksa tolak anda kerna anda TERLALU SEGAK BERGAYA! 


setiap perancangan Allah ada hikmahnya..



pakwe I cakap, kalau nak ubah dunia, kena ubah dulu diri sendiri
( rekaan semata-mata )

nota kaki: kegilaan melanda



Wednesday, 3 October 2012

special untuk kau :)

Bismillah..
Assalamualaikum!
kabare??
waras harapnya..

saya agak, dah bersarang lelabah ya blog nih..
sebulan sekali jek update post..
ya..ya
dan maaf..
untuk post ni, terpaksa beraku kau..
sebab SAYA tak biasa nak berSAYA AWAk ngan beradik sendiri..
muahaha!

seriusly takda mood nak menulis yaa..
tapi, untuk kau, aku kuatkan jugak hati nih mencipta mood buat post baru, wahai Mudzfirah..
sebab, aku tahu yang kau ikut update hidup aku melalui sini
( masuk lemari, tutup sendiri ) :P


hasil kreatif aku..tlg lah jangan mata duitan sgt :P

and, maaf sekali lagi mudzy ku sayum
post kali ni xleh panjang..
i need to go to bed bebeh..
kuiz menanti hari esok..
tapi, aku janji aku sambung post lain hari lain waktu lain
INSYALLAH!

dan ni adik baru kita..
namanya, Wan Muhammad Fathi bin Wan Ismail..
nick nya, E!
( mcm mc E lahh pulak heh )
ada kisah lawak ngan nama dia..
pun kita cerita kali lain yah!
:P


budak tgh tdo..baru umo 3,4 hari kot


oh! jangan terguda ngan I~
(lepas cukur segala rambut, kening, bulu ghoma)
2minggu lah kot masa ni

si budak lahirnya pukul 12.40 tgh hari, 04 September 2012 bersamaan berapa Syawal tahh..tak ingat..
harap semua doa si budak ni jadi anak soleh, berjaya dunia akhirat, tak menyeleweng dari kebenaran :)

selamat tido!
salam alaik

nota kaki:
Jangan sedih bila berjauhan
Kita bertemu kerana ALLAH..
kita berpisah, untuk sementara, pun kerana ALLAH..
aral melintang, INSYALLAH kita jumpa kat sorga sana..
:)